February 28, 2011

Apa pendapat anda?

Sistem pengudaraan yang lancar dan pencahayaan semulajadi pada sesuatu ruang itu dapat menjana kehidupan yang lebih selesa, nyaman dan segar. Selain itu, ia juga dapat menjauhkan penghuni daripada rasa 'terperap' dan tertekan kerana ia telah mewujudkan suasana yang tenang pada ruang tersebut.

Sistem pengudaraan yang baik didefinasikan sebagai satu proses membekal atau mengeluarkan udara yang kurang selesa dan  menggantikannya dengan udara yang lebih selesa dengan menggunakan alatan mekanikal ataupun secara semulajadi. 

Manakala, pencahayaan semulajadi adalah satu sistem pencahayaan yang berfungsi untuk menerangi sesuatu ruang itu dengan bersumberkan pancaran matahari (semulajadi).

Akan tetapi kebanyakkan ruang-ruang yang dibina tidak mampu memberi pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya pada penghuni. Kurangnya bukaan tingkap pada ruang tersebut mendatangkan suasana yang suram dan panas.

Antara faktor yang membawa kepada masalah ini adalah penyusunan ruang yang tidak teratur iaitu terlalu sempit dan rapat dengan ruang-ruang lain dan menyebabkan kurangnya kawasan dinding yang  boleh membuat bukaan ke luar bangunan.

Masalah ini selalu timbul di kediaman-kediaman asrama yang disediakan. Pihak tertentu cuba untuk memaksimumkan jumlah bilik tetapi dalam masa yang sama mengendahkan masalah pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi ini. Dan akhinya penghuni yang menjadi mangsa.


Ruang yang suram
atau ruang yang terang?




















Jadi apa pendapat anda terhadap masalah ini?
Adakah masih dianggap tidak serius?
Apakah faktor yang membawa kepada masalah ini?
Atau pengalaman anda sendiri mengenai masalah ini?
Mohon kongsi maklumat.
Terima kasih! =)




hik, ade ke org bace nih? hehehe.

7 comments:

cik dib said...

kekurangan kemasukan cahaya dalam kawasan kediaman mungkin disebabkan oleh pengguna menginginkan privasi apabila berada di dalam kediaman masing-masing. Namun, oleh kerana tingkap/bukaan yang disediakan mungkin terlalu minimum dan bukaan tersebut mengadap pula kepada tingkap/bukaan ruang milik jiran menyebabkan mereka lebih rela menutup sahaja tingkap/bukaan yang disediakan.

Personal Wellness Coach. said...

i vote for big space!
=)

cik.no.one said...

cik dib: setuju juga. tapi kte lebih prefer buka tgkp luas2 tp mgadap hutan..mmg xde org nmpk lah kan. n of cozlah dapat udara yg segar.

anne:sila bg komen pnjg2 ye.

Personal Wellness Coach. said...

penat baru balik lab.
takboleh pk idea yang bernas.

Anonymous said...

BUKAK TINGKAP.....TUTUP LANGSIR...senang je...dapatlah angin yg agak best...~

Unknown said...

kalo dok kat bandar...xkn nk cri tingkap yg mghadap hutan kan??? semak byk la...hehe...
yg yty prasan la...blek 2 jd sempit n panas ble terlalu byk brg n bju yg gantung lam blek 2..kalo tingkap tue bkak seluas2nyer...tp blek berserabut...tetap nmpk sempit gak kan??? memadai lah dengan meminimumkan barangan dalam blek..n bkak tingkap pd waktu pg...walaupun umah anda mghadap jalan rye (mcm umah yty)...tp make sure...ad palang besi keselamatan..

cik.no.one said...

anonymous: heh, angin ape tuh..len mcm je bunyik.
straw: tp ape pndpt hg kalau bilik tu memang ade tgkp kecil je. ade brg ke xde brg ke, still pncahayaan tu kurang...