July 6, 2011

Datum:KL 2011 Kuala Lumpur Architecture Festival

Setiap tahun mesti ad benda alah ni.
And so far sejak masuk course architecture ni, alhamdulillah dapat pg setiap tahun.
Tapi malangnya hanya pg exhibition je coz conference die trsgtlah mahal.
Tak mampu den nak byr nye..

Tapi kalau pg pon mmg x rugilah.
I mean untuk exhibition lah.
Nak masuk no need to pay.
Just register je.
Then dptlah status, visitor ke trade visitor ke architects ke kan.
Then kalau masuk and pandai buat2 berminat dengan produk diorang, dptlah beg free, buku free, keychain lah, badges lah.
Actually, exhibition ni xdelah tunjuk drawing ke hape kan.
Tapi lecturer cakap, pglah, amik semua risalah2 diorang, byk detail2 yang boleh diambil.
So dapat lah sikit pekdah walaupun tujuan utama nak g klcc sbb nk jalan2 je kan...
Selain dapat menyakitkan bahu mengangkut semua barang free tu ley juga usha2 design booth diorang...
Manalah tau kan dapat ilham untuk design pada masa hadapan.

So kesimpulan, tak rugilah byr tol, duit parking n duit minyak g datum ni...
InsyaAllah tahun depan nak datang lagi, nak usaha masuk confrence...
Kena kumpul duit nih! hehehe.

Antara benda yang cool:

pergh!

tmpt shower ni!

best kalau ade taruk kat umah satu ni..

ni paling suke!

 dan ni semua bende free yang bley dapat...=)




and lastly gmbr budak selekeh mane ntah yang sesat;
hehe. credit to my lovely kimikeen. =)




May 14, 2011




MOOD : PeRAkKriTIKAL



dan


LAPAR!


April 16, 2011

Teknik Baru

Sem ni ktrg dh x pakai manual.
Semua pon dh pakai komputer untuk final presentation ni.
But ade juga yg masih pakai manual. BAGUS!
At first pon agak cuak nak gune autocad n skecthup.
Yelah bukannye mahir sangat.
Tapi at last, gune jugalah.
I take it as challenge to myself.
Aceceh..huhu.

Ni nak share satu link yang boleh digunakan kalau nak wat graphic kat elevation.
Cam best je.
Actually boleh je amik mane2 gmbr then crop sendiri.
Tapi kat link ni dah ade dh semua, x pyh crop2 dah.
Jimat masa...lagi2 nak wat last minute punye keje kaaaaaaaan.

Sila usha usha...
http://www.immediate-entourage.com/


Cmne lah contoh yg paling simple.

*klik image untuk membesar

March 29, 2011

Alamak!



Baru pasan dah 3 sem x upload project.
Haish~
Kemana pergi sebab utama kewujudan blog ini??
Mane, mane maneee??!
Haiya..
Banyak keje btol sem ni.
Esok 30 haribulan.
Dalam satu hari ade tiga assignment kene submit.
Dan satu pon belom siap.
(tapi sempat je kan update blog) 
X)
Huhu, nasib baiklah design ade postpone sket.
Kalau x meranalah mata comel ni. Hehe.

Please, I really need an assistant.
CEYHH.








March 9, 2011

Dimanakah

kan ku LI???

wuaaaaaaaa!
masih xdpt tempat...
risaunyaa...(=_=)^^

**update**

Hahaha.
Dapat di Kajang.
Alhamdulillah.
M&R ARCHITECTS.
Moga2 aku xdimarahi atas banyak ketidaktahuan aku ni nanti..hihi..
Gudluck to me. =)

February 28, 2011

Apa pendapat anda?

Sistem pengudaraan yang lancar dan pencahayaan semulajadi pada sesuatu ruang itu dapat menjana kehidupan yang lebih selesa, nyaman dan segar. Selain itu, ia juga dapat menjauhkan penghuni daripada rasa 'terperap' dan tertekan kerana ia telah mewujudkan suasana yang tenang pada ruang tersebut.

Sistem pengudaraan yang baik didefinasikan sebagai satu proses membekal atau mengeluarkan udara yang kurang selesa dan  menggantikannya dengan udara yang lebih selesa dengan menggunakan alatan mekanikal ataupun secara semulajadi. 

Manakala, pencahayaan semulajadi adalah satu sistem pencahayaan yang berfungsi untuk menerangi sesuatu ruang itu dengan bersumberkan pancaran matahari (semulajadi).

Akan tetapi kebanyakkan ruang-ruang yang dibina tidak mampu memberi pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya pada penghuni. Kurangnya bukaan tingkap pada ruang tersebut mendatangkan suasana yang suram dan panas.

Antara faktor yang membawa kepada masalah ini adalah penyusunan ruang yang tidak teratur iaitu terlalu sempit dan rapat dengan ruang-ruang lain dan menyebabkan kurangnya kawasan dinding yang  boleh membuat bukaan ke luar bangunan.

Masalah ini selalu timbul di kediaman-kediaman asrama yang disediakan. Pihak tertentu cuba untuk memaksimumkan jumlah bilik tetapi dalam masa yang sama mengendahkan masalah pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi ini. Dan akhinya penghuni yang menjadi mangsa.


Ruang yang suram
atau ruang yang terang?




















Jadi apa pendapat anda terhadap masalah ini?
Adakah masih dianggap tidak serius?
Apakah faktor yang membawa kepada masalah ini?
Atau pengalaman anda sendiri mengenai masalah ini?
Mohon kongsi maklumat.
Terima kasih! =)




hik, ade ke org bace nih? hehehe.

February 9, 2011

mampukah aku..?

February 3, 2011

Archu.archi's Journey


Study trip yang seperti bukan study trip.
=)