February 28, 2011

Apa pendapat anda?

Sistem pengudaraan yang lancar dan pencahayaan semulajadi pada sesuatu ruang itu dapat menjana kehidupan yang lebih selesa, nyaman dan segar. Selain itu, ia juga dapat menjauhkan penghuni daripada rasa 'terperap' dan tertekan kerana ia telah mewujudkan suasana yang tenang pada ruang tersebut.

Sistem pengudaraan yang baik didefinasikan sebagai satu proses membekal atau mengeluarkan udara yang kurang selesa dan  menggantikannya dengan udara yang lebih selesa dengan menggunakan alatan mekanikal ataupun secara semulajadi. 

Manakala, pencahayaan semulajadi adalah satu sistem pencahayaan yang berfungsi untuk menerangi sesuatu ruang itu dengan bersumberkan pancaran matahari (semulajadi).

Akan tetapi kebanyakkan ruang-ruang yang dibina tidak mampu memberi pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya pada penghuni. Kurangnya bukaan tingkap pada ruang tersebut mendatangkan suasana yang suram dan panas.

Antara faktor yang membawa kepada masalah ini adalah penyusunan ruang yang tidak teratur iaitu terlalu sempit dan rapat dengan ruang-ruang lain dan menyebabkan kurangnya kawasan dinding yang  boleh membuat bukaan ke luar bangunan.

Masalah ini selalu timbul di kediaman-kediaman asrama yang disediakan. Pihak tertentu cuba untuk memaksimumkan jumlah bilik tetapi dalam masa yang sama mengendahkan masalah pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi ini. Dan akhinya penghuni yang menjadi mangsa.


Ruang yang suram
atau ruang yang terang?




















Jadi apa pendapat anda terhadap masalah ini?
Adakah masih dianggap tidak serius?
Apakah faktor yang membawa kepada masalah ini?
Atau pengalaman anda sendiri mengenai masalah ini?
Mohon kongsi maklumat.
Terima kasih! =)




hik, ade ke org bace nih? hehehe.

February 9, 2011

mampukah aku..?

February 3, 2011

Archu.archi's Journey


Study trip yang seperti bukan study trip.
=)